Goro's Wedding, Ipoh 26 Oktober 2008

Pada 26 Oktober 2008, kenduri kahwin belah lelaki di Ipoh. Untuk gambar2 selanjutnya, sila layari flickr gua yerk..

Othman's Wedding, 11 October 2008

Gua tiba di Kuala Kangsar dalam jam 12.30 tengah hari.. Bertolak dari KL puku 9.30 pagi.. okay la kot..3 jam perjalanan... Sampai je kat sana, gua tunggu Odot dengan keluarga..(segan la nak g sorang2)..Bile odot sampai, gua pun gerak skali la dengan die.. Kelibat Kamal Yahya dan Zakuan pun ada juge..Leh tahan ramai gak..tap sayang, Ewan yang mengajak datang x dapat menghadirkan diri (memang dasar melayu lama)


Dalam jam 1 lebey rombongan pengantin pun datang..kemaroon-maroonan baju kedua2 pengantin.. Senyum lebar pengantin lelaki, kerna melihat kelibat-kelibat tetamu yang hadir..


Pengantin lelaki senyum lelagi pabila lensa kamera dihadapkan ke muka..Memang sukar digambarkan keseronokan malam tadi lalu dipancarkan sedikit melalui gambar yang dirakam.


Pengantin terlebih dahulu bersanding, sebelum pergi makan beradab..Memang stail la pengantin kerna keserasian antara mereka memang jelas terpancar.. Bak kata pepatah melayu, Bagai Pinang Dibelah Dua...


Kemudian, tiba masa makan beradab..memang bersungguh-sungguh pengantin2 ni makan walaupun sesekali diganggu oleh abg jurukamera yang sebok menyuruh mereka beraksi..Jangan lebey2 bang, raja sehari tu!!!



Tamat sesi makan2..pengantin pun bermesra2 dengan para tetamu dan kaum kerabat semasa belajar juga yang dicari dan gambar ini adalah bukti kehadiran kami semua ketika itu...!! Habis kenduri gua menerukan perjalanan ke destinasi seterusnya....
p/s : Gambar2 yang lain, bley dilihat kat gua punye flickr,,

Majlis Pernikahan Suffian Suboh


Pada 17 Oktober 2008, x pasai2 gua kene jadi LO untuk family pengantin pompuan..
anyway, memang pengalaman yang sukar dilupakan la..

gua tiba di imperial sheraton , KL tepat jam 11.30 pagi dengan 4 buah kete.. tapi sayang betoi x ramai pun rombingan belah pompuan ni..dalam 8 orang je.
anyway kami tiba tepat jam 1.00 petang di rumah pengantin lelaki tapi kawan2 pengantin lelaki plak sesat dan kami terpaksa mencari lalu membawa mereka ke destiniasi sepatutnya. Sebab derang gak la, terpaksa kami buat ............. dalam kete je..

Peristiwa yang lagi best pabila pengantin lelaki tertinggal sampin kat hotel. jam pukul 2.00 petang plak..terpaksa die bergegas ke hotel semula... majlis yang dijangka bermula jam 300 petang terpaksa dilewatkan sedikit kerna masalah tersebut..

Tetapi semuanya berjalan lancar. Majlis pertunangan dan pernikahan Suffian semuanya berjalan seperti yang dirancang walaupun terdapat kekurangan sana dan sini. Masakan apa yang kita rancang boley sempurna 100%.

Rumusan daripada bapa pengantin lelaki, beliau amat lega dan berpuas hati dengan majlis tersebut. Cuma terdapat beberapa ketidakpuashatian beliau dari segi servis yang diberi oleh pendeko pelamin.. banyak hal wooo...
Hari ni, gua kene jadi LO laie.. so kene prepare awal2 nie..
he he he

Selamat Hari Raya ke 14

Salam..dah lame x menulis dalam blog ni.. SELAMAT HARI RAYA ke 14..