BUANG MASA SAHAJA MEMBACA BUKU!

Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan. Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak manfaatkan apa yang dibaca Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB! Jadi ingat... ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan. Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda. Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga adalah banyak... memang tiada sebab anda untuk gagal! "Ilmu yang dipelajari adalah untuk dimanfaatkan, bukan untuk disimpan"