PAXDEPARMA AT SUNWAY X-GIG, 26th JULY 2008

26 July - Setelah sekian lama membisu, kami kembali semula untuk menggegarkan pentas walaupun ini hanyalah Battle of The Bands. Tercatit pada petang tersebut kemeriahan yang sememangnya lama dirindui.


Sempat kami berhibur menyaksikan persembahan local band pada petang tersebut. OAG je kot yang sempat kami tengok. Siap bawak satu lagu merdeka. (tapi lagu merdeka Butterfingers laie sodap)


Vox paxdeparma (Jelir) seperti biasa melontarkan suara yang agak asing dalam dunia sendiri. Hail to him. (memang jarang nak jumpe suare macam die sampai ada sesetengah orang x leh terima...)


Zakk@Bulat sememangya membuat malam tu penuh dengan bunyi-bunyian yang pelik. Tapi sesi jamming malam sebelum lebih padu. (X sempat nak dapatkan sound, terus main..he he he .. maap²)


Bassist macam bese sahaja dengan ibanez soundgear srx500..Tapi sound senang dapat..(Amp Hartkey yang digunakan sama juga dengan amp time jamming, memang tiada maslah)

Wan terus mantap atas stage..Dentam dentum semuanya ada.. ha ha ha.. Tapi discography Cradle of Filth lu belum burn laie.. ha ha ha..lex²


Yeah, paxdeparma telah mendendangkan 3 buah material pada malam tu. Semuanya masih belum direkod dengan proper. Sumer dalam versi yang kasar.
1. Retak
2. Juta-juta
3. Chermin

Namun, paxdeparma x menang pun. (Analogue yang menang) Namun kepuasan terpancar kerna tujuan asal hanya untuk memberitahu umum bahawa kami belum berkubur. Still AROUND...!! Yeah!!

ZAID'S WEDDING ON 24.8.08





Gambar yang ditangkap banyak yang x berkualiti ari tu, so malas laa nak terangkan flow majlis..tapi yang penting memang kene tunggu lame la pengantin..Lagipun ari tu hujan lebat, maybe pengantin siap lambat sebab ada aktiviti LAIN time hujan kot... HA HA HA HA

FIREWORKS AT PICC (29.8.08)





Gambar percikan bunga api pada 29.8.08 di PICC. Banyak gambar yang x jadi :(

JEP'S WEDDING ON 13TH JULY 2008


13 Julai 2008, Puncak Perdana..housemate kitaorang telah melangsungkan perkahwinan. Kenangan pada ari tu memang x leh lupe..(nyaris-nyaris kembali ke Rahmatullah)

Nasib baik sampai on time, pengantin pun baru je nak berarak. So kami pun berarak sekali la dengan pengantin. Dan yang paling penting, pengantin perempuan mmg.............. :)


Lepas bersanding (xde gambar yang elok), pengantin pun makan beradab.. hu hu.. memang sedap derang makan.. gambar yang ni pun atas permintaan baru derang nak buat post ni..Kalo x jangan harap la..


Selesai pengantin makan, kami pun selesai makan..nampak kepuasan di muka pengantin setelah selesai melangsungkan perkahwinan.. ape pun, bertuahlah si pengantin lelaki beb..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


1 September 2008 = 1 Ramadhan 1429H
Sudah terbukti lagi ketepatan kalendar Malaysia dalam menentukan tarikh mula puasa.
Ape² pun, selamat berpuasa kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam..!!

BUTTERFINGERS - KEMBALI


Album ke 6 Butterfingers..

1. Joget Global
2.Bebas
3. Maharani
4. Terus Terang
5. Air Liur di Kuala Lumpur
6. Lengkap Semula
7. Merdeka
8. 1000 Tahun (Mahu Hidup)
9. Gelombang Cinta
10. Mendaki Menara Condong
11. Mati Hidup Kembali