Parliament "Point of Order"

Sesi baru bermula.
Semua lagak pandai dengan pelbagai karenah.
Masing-masing mempertahankan hak..
Buku dirujuk sebagai guideline (standing order) tetapi apa ada pada buku jika ladies & gentleman tidak digunakan.
Ada yang makan saman, tapi ada juga yang tak mahu mengalah..
Mujur ada sang ketua penenang suasana.
Akhir kata, ini "Parliament Point of Order"


-centipede_legs-

T U M I T N Y A T I N G G I ! !


Kongsi² bersama..




Citer Sedey(1)

Suatu petang di sebuah 'supermarket'.... Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer...sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"Maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.

Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu. "Aaaa....mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai... mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah"
kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai,mak!!! !". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh. "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh. "Haah???????! !!!"....

moral of the story : orang tua pun leh menipu, jadi jangan la tertipu :)

S Y U K U R

Bersyukurlah dengan apa yang kita dah ada..

Jangan takbur..!!

J A N G A N M E R O K O K !

Gambar ash tray. Mmg kotor seh kalo tgk dari dekat...kalo dari jauh ok je... So pikir² la nak berenti rokok ke x mo...

Petang² di Putrajaya

Gua baru je balik ofis ni, lepas tu tergerak plak di hati nak ke jambatan dekat² dengan PICC..nak singgah ke situ, gua snap la sket pemandangan kat situ..So mau kongsi la sama sape yang mau..

Somethin Hidden

jambatan lagi satu


Tangga² di Jambatan


Dari atas Jambatan


Dari tepi jambatan

TIDO BAPER JAM??

Cakap pasal tidur ni, gua pun tatau sangat la..gua skang ari² tidur 5 jam je..tapi ade sumber yang mengatakan tidur yang ideal ialah 8 jam..Betui ke? Mungkin betui..

Tapi kene tengok dari konsep tidur itu sendiri.. Tidur ni kalo betui caranya, boleh dikategorikan sebagai ibadat juge selain dapat merehatkan badan...misalnye sebelum tido kite baca doa atau tidur ikut cara sunnah nabi (gua pun tau sket² je)

Gua rasa yang penting skali ialah kualiti tidur... Ia lebih penting daripada kuantiti tidur itu sendiri..Kalo dapat tidur nyenyak dalam 10 minit pun dah memadai daripada tidur x nyenyak dalam masa sejam (ni kalo gua la, orang lain tatau la..kajian bukan gua yang buat..)..

So marilah kite bersama-sama renungkan bender ni..sama ada kualiti atau kuantiti yang dipilih.. Tapi kalo gua, mmg pilih kuantiti la..ha ha ha..mmg best tido banyak², mcm-mcm leh mimpi..ha ha ha

KEMBALI...!!



Baru je malam semalam kami jamm buat pertama kali dengan Wan..Mmg puas la mlm tu sbb dah lame Pax x jamm...Moga pertapaan Pax kali ni akan berakhir..

Tunggulah hari itu nanti, terima kasih Wan..!!
Kembali.....!!

Derma Darah!!



Permulaan April yang lalu, gua terasa sungguh penat dan x bermaya..ni semua gara2 darah gua hilang angkara didermakan kepada PDN. Tapi x mengapa, efek sekejapnye, ganjarannya besar...ahaks...

Orang kate kalo lepas derma darah ni, nanti badan cepat naik..tatau la...gua dah 3 kali derma darah ni..nak kate x naik x lakan...tapi x la ketara sangat...gua rasa ape yang penting lepas derma darah tu jangan la asik berehat dengan makan + tido (alasan darah kurang)..mmg konpem la badan naik..Walau bagaimanapun, badan gua sehat je lepas derma darah..cume tangan ni berbekas la sket..

Bawah ni gua senaraikan checklist untuk kawan² yang mahu derma darah..macam nak interview beb..kene lepas kriteria yang ditetapkan baru leh menderma


1. Lu sihat pada hari ini. (ni kalo selesema pun, jgn harap la nak dapat derma);

2. Lu berumur 18 - 60 tahun. (so untuk adik² yang bawah umur tu, tunggu cukup umur la ye);

3. Berat badan melebihi 45 Kg (Akak² yang berat 44.5Kg pun x leh derma);

4. Tidur melebihi 5 jam. (hah, yang ni mmbr gua dah terkena, tidur x cukup 5 jam lepas tu derma darah....mmg die pitam lepas tu...);

5. Tiada masalah perubatan (prosedur biasa);

6. Tidak mengambil sebarang ubat (panadol pun x leh beb..);

7. Lu dimestikan mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah..;

8.Lu tidak terlibat dalam kegiatan seperti berikut :-

-Hubungan sejenis (gay / lesbian)

-Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (bisexual)

-Hubungan jenis dengan berbagai pasangan atau pekerja seks komersil

-Penyalahgunaan dadah secara suntikan

-Menjadi pasangan kepada golongan di atas


9. Yang terakhir sekali, lu telah buat pendermaan yang last > 3 bulan.

So kalo lu orang sudah memenuhi kriteria yang ditetapkan, marilah menderma.. x rugi pun!!!

Kelam Kabut 'Parliament'

Parlimen akan mula bersidang pada 30 April 2008. X sbr gua nk g tgk MP's berdebat..Mmbr gua inpom td ada majlis taklimat kepada MP's kat Parlimen. Mostly semua pembangkang datang untuk majlis taklimat tu. "KJ ada juga tapi ramai buat tatau kat dia",kata mmbr gua.. Taklimat tersebut diadakan untuk memberi penerangan kepada MP's tentang keistimewaan mereka, elaun mereka dan segala jenis mereka la....
Parlimen penggal ni mmg akan lebih happening la daripada sebelum ni..82 pembangkang akan mengeluarkan suara-suara mereka...
Tahniah juga kepada Puan Rosmee Hamzah atas pelantikan sebagai SU Dewan Rakyat...