Madey Wageh's Wedding 17.2.08

Kenduri Madey Wageh di JB. Taman Johor Jaya..Taman yang dah lame diwar-warkan tetapi baru kali ni dapat ku jejakkan kaki di sana. Terima kasih kepada Gabans sebab menyediakan transit ke sana. Memang berbaloi dapat g JB, satu pengalaman yang baru sambil malam tu dapat tengok suasana Danga Bay.

Seketika di Tol Skudai sebelum meneruskan perjalanan tiada arah tuju.........

Sambil menunggu pengantin datang, kami setelkan dahulu juadah yang dah dihidangkan untuk kami. Mmg superb beb makanan die.. sebab tengah lapo..

Gombak & bulat masing-masing mengambil peranan dalam menghabiskan lauk pauk kenduri pada hari itu.

Bile pengantin datang ramai plak yang nak bergambar. Hah ni bukti die, baper ramai yang nak posing dengan pengantin. Sumer nak ambik berkat. Cameraman gak yang x dapat pape, dapat tangkap gambar je la..

Kedua mempelai nampak secocok. Bagai pinang dibelah-belah due lantaknye. Tapi yang penting lauk pengantin mmg sedap!!

Aksi suap menyuap mengakhiri sesi rakaman gambar statik ari tu. Ni pun dah cubaan kali yang ke 8 dah ni atas permintaan cameraman. Kalo x jangan harap la nak dapat tengok gambar nie..ha ha ha

Sekali lagi, aksi yang mmg mencuri tumpuan ialah babak keletihan selepas makan-makan di kenduri. Mmg terbaek la beb, tido sambil mata terbukak..tapi time ni mate die tertutup plak. Cahaya flash barangkali yang mengganggu.. ha ha ha.. Ape pun yang penting, ianya pengalaman yang cukup mematangkan. Tunggu lagi JB kedatanganku..!!

p/s : Gambar2 dirakam dengan HP Motorola V3i sahaja.