Susunan agak bercelaru..??

Susunan peristiwa agak bercelaru kerna tiada editor yang mampu diupah.. ha ha ha, tapi sumer peristiwa jelas dipertontonkan mengikut turutan. Maaf sekiranya ia cuma disusun tidak berdasarkan timeline yang betul. Yalah, nama pun dah jadi sejarah. musti la ada yang tertinggal dan teringat kemudian.. he he he

Sama la macam gambar ni, dah lepas makan baru la dapat hasil die...Kalo x memang x dapat la hasil macam nie..he he he

Madey Wageh's Wedding 17.2.08

Kenduri Madey Wageh di JB. Taman Johor Jaya..Taman yang dah lame diwar-warkan tetapi baru kali ni dapat ku jejakkan kaki di sana. Terima kasih kepada Gabans sebab menyediakan transit ke sana. Memang berbaloi dapat g JB, satu pengalaman yang baru sambil malam tu dapat tengok suasana Danga Bay.

Seketika di Tol Skudai sebelum meneruskan perjalanan tiada arah tuju.........

Sambil menunggu pengantin datang, kami setelkan dahulu juadah yang dah dihidangkan untuk kami. Mmg superb beb makanan die.. sebab tengah lapo..

Gombak & bulat masing-masing mengambil peranan dalam menghabiskan lauk pauk kenduri pada hari itu.

Bile pengantin datang ramai plak yang nak bergambar. Hah ni bukti die, baper ramai yang nak posing dengan pengantin. Sumer nak ambik berkat. Cameraman gak yang x dapat pape, dapat tangkap gambar je la..

Kedua mempelai nampak secocok. Bagai pinang dibelah-belah due lantaknye. Tapi yang penting lauk pengantin mmg sedap!!

Aksi suap menyuap mengakhiri sesi rakaman gambar statik ari tu. Ni pun dah cubaan kali yang ke 8 dah ni atas permintaan cameraman. Kalo x jangan harap la nak dapat tengok gambar nie..ha ha ha

Sekali lagi, aksi yang mmg mencuri tumpuan ialah babak keletihan selepas makan-makan di kenduri. Mmg terbaek la beb, tido sambil mata terbukak..tapi time ni mate die tertutup plak. Cahaya flash barangkali yang mengganggu.. ha ha ha.. Ape pun yang penting, ianya pengalaman yang cukup mematangkan. Tunggu lagi JB kedatanganku..!!

p/s : Gambar2 dirakam dengan HP Motorola V3i sahaja.

Samdan's Wedding 9.3.08

Kenduri kat Ipoh lagi. Yeah memang kenduri kali ni luarbiasa sket sebab pengantin die datang lepas sumer pengunjung dah blah.. Hanya yang sabar menanti sahaja yang ada.Hahaha.. Pengantin datang dalam dekat2 jam 4 petang la.. Penantian suatu penyiksaan beb

Ni la rakan2 yang sanggup tunggu sampai pengantin sampai..Credit la kepada sumer yang ada ari tu, sanggup tunggu sampai licin makanan korang kerjakan. ha ha ha


Dalam jam 4 petang pengantin pun datang, Segak gak la dengan lagak gaya pendekar mustar.Keris musti tersemat di pinggang. Tapi macam bese la ni kenduri belah lelaki & kenduri belah perempuan dah dibuat seminggu sebelum, so x fresh lagi la..nga ha ha


Post ni dirakan sebelum makan berhidang, tampak kacak plak pengantin tidak berjambang. Yang perempuan pun leh tahan la..


Aksi suap menyuap mengakhiri majlis petang tu.. Lepas tu kene balik KL balik.

P/s : Gambar dirakam menggunakan HP Motorola V3i


Jim's Wedding 28.7.07

Keputusan pergi ke kenduri jim di Ipoh dibuat tanpa dirancang. Memang mengejutkan, perjalanan pada ari tu bermula jam 6 petang. Sebab majlis bermule malam. So memang best la memecah kepadatan lebuh raya PLUS dari KL. Terasa sekejap sahaja perjalanan dengan menaiki MyVi Amir. Kredit to Amir sebab kasi kitaorang semua naik keta lu.

Tibe je kat Ipoh dalam jam 8 - 9 malam. Kene tunggu jap la sebab pengantin tengah bersiap. Well, tapi x payah tunggu lame la sbb time kami sampai, pengantin pun dah nak berarak.


Dari KL kami semua memang x makan langung. So bile dah sampai ni memang harapan kami nak penuhkan segalan ruang yang ada kat dalam perut ni. Menu kenduri tu ala2 nasi ayam kat TKK plak..ha ha ha...xpe, janji kenyang beb..


Dapat la dirakam sedikit aksi pengantin sebelum makan berhidang. Aku dapat info kenduri ni diadakan sebulan lepas bernikah, so x fresh lagi la.. ha ha ha..


Aksi pengunjung yang kenyang sebelum balik. Tengah tunggu pengantin nak datang ni. Lambat gile. Lepas je kenduri ni ada sedikit aktiviti jual beli perfume oleh Syahmi. Lepas tu kami terus bergerak ke TC untuk mencube nasi steng yang dah lame ditinggalkan. Hajat semua nak bungkus n makan kat KL. Tapi apakan daya, gerai nasi steng dah tutup. Pulang dengan hampa dan aku plak kene drive sampai ke KL. :(

P/s : Gambar dirakam menggunakan HP Motorola V3i

Medu's Wedding 7.4.07

Kenduri diadakan pada 7.4.07 tapi kami tibe lewat sket ari tu.. Bese la janji melayu.. nak tunggu rakan2 lain lagi.. mmg susah kalo macam ni.aduyai..

Sampai je kat umah Medu, die dah bersanding. So berebut la dengan cameraman die nak tangkap gambar. Maka terhasil la shoot di atas hasil perebutan dengan cameraman medu.


Selesai sahaja berposing, sesi berjumpe rakan2 plak.. dapat dirakam di sini a little bit aksi yang x seberapa pun. But nice keris there u have beb..


Yeah, ni la rakaman yang paling bernilai.. Senyuman pengantin yang x sabar nak tunggu malam menjelang. Dengan sedikit cahaya sebagai efek latar belakang, jelas menunjukkan rakusnye pengantin.. ha ha ha.. Selamat2..

p/s : Gambar dirakam dengan menggunakan HP Motorola V3i sahaja..

early stage..SS2

Paxdeparma, Februari 2004 SS2 Musik Studio. Time ni kami bawak 4 lagu kalo x silap.
1. Embrionic sense of rising
2. Kabus Kelabu
3. Good Inside
dan satu lagu yang belum siap sampai skang
4. Drop d

Time ni Vox (Jelir) malas nak main gitar. Die nyanyi aje la. Tp nasib baik gitar die boleh digunapakai oleh sipemain gitar.

Time ni ada rekod gak, tapi rekod gune walkman aje. tapi kualiti die not bad gak la. Tap source die tatau la ada pada simpanan ahli band yang mana..Maybe dah hilang, tatau la..

Yeah, ini la gitar Fernandes kepunyaan Vox.. bagus untuk rhythm gitar ni.

Dan kredit kepada jurugambar ari tu, dah x ingat siapa yang jadi jurugambar dah. tapi gambar yg ko tangkap x banyak la dan agak blur.. neway TERIMA KASIH JURUGAMBAR..!!

Februari 2004 - paxdeparma

Journey to Amat's Wedding

Selepas 2 - 3 jam perjalanan ke Segamat dari Putrajaya, sampai jua kami ke rumah pengantin. Jam baru menunjukkan jam 12 t/h. Pengantin pun xde lagi ni, tuan umah dah suruh makan. So yang lain pun menyerbu la ke khemah makan. Nasib baik awal lagi, lauk pauk pun banyak lagi.

Selesai je makan, jam baru 12.30 t/h...Pengantin masih x muncul.. So kene la tunggu lagi. Lame sungguh nak tunggu pengantin ni. Perut sudah kenyang tapi susah hati sebab konpem balik lambat sebab nak gak tunggu pengantin.

Akhirnya tepat jam 2.16 ptg pengantin tibe jua. Sempat gak berarak bersama-sama pengantin. Ramai gak yang gatai saja join rombongan pengantin. Ape pun penganti nampak segak ari tu dari kebiasaannya..

Kemudian, pengantin trus masuk ke dalam umah utk bersanding. Kesempoian majlis kali ni, pengapit lex je pakai kemeja T & seluar jean. xde sponsor gamaknye. Tapi pengapit, ko ROCK!!

Selesai bersanding, pengantin kene makan berhidang plak. Tp kitaorang sumer dah penat. Tepat jam 3.09 ptg, kitaorng cau terus lepas bersalam-salam mintak berkat dari pengantin. Ha ha ha

Dalam bas dapat dirakam satu babak keletihan yang teramat sangat selepas lepak kat kenduri selama 3 jam!!

Kenaikan Harga Minyak

Tup Tup Tup.....

Harga Minyak telah diumumkan naik pada minggu lalu. Kesannya dah terase dah..dulu kalo isi RM50 kat kereta Wira aku dapat la 3/4 tank..Skang 1/2 tank je..tu pun tank ada isi lagi x empty..Kalo empty konpem x sampai la 1/2 tank.

Banyak hikmahnye disebalik kenaikan harga minyak ni. Ada saranan supaya kite berbelanja secara berhemah. (ha ha aku pun kene gak la sebab aku memang dulu belanje secara mewah). Kite leh lihat gak gelagat rakyat Malaysia sewaktu hari terakhir minyak berharga 1.92 per liter. Rupe-rupenya rakyat Malaysia ni prihatin gak dengan keadaan semasa. ha ha ha...

Tapi yang terase kesan atas kenaikan ni semestinya golongan kelas bawahan.. hmmmm..

Oleh itu, marilah kite buat kerja banyak² untuk cari duit lebih..

Buat kerja mcm slogan coca cola
Makan Kerja, Hidup Kerja, x Henti² Kerja (macam x kene je)..

Skang yang penting ialah kite kene kembali kepada penggunaan kenderaan yang tidak berasaskan minyak. Gune la beskal ke kalo nak pegi keje, x pun bela kuda, leh g keja naik kuda, x pun keldai ke, lembu ke..ha ha ha.. x pun beli roller blade, gi keje gune roller blade (angan2 dari zaman budak kecil lagi)

WALIMATUL URUS (SYAHRIL)

Walimatulurus Syahril (Bandar Tenggara, 31.5.08)

sewaktu makan berhidang

time berarak

santai sambil buat sirap bandung

coming soon