Derma Darah!!



Permulaan April yang lalu, gua terasa sungguh penat dan x bermaya..ni semua gara2 darah gua hilang angkara didermakan kepada PDN. Tapi x mengapa, efek sekejapnye, ganjarannya besar...ahaks...

Orang kate kalo lepas derma darah ni, nanti badan cepat naik..tatau la...gua dah 3 kali derma darah ni..nak kate x naik x lakan...tapi x la ketara sangat...gua rasa ape yang penting lepas derma darah tu jangan la asik berehat dengan makan + tido (alasan darah kurang)..mmg konpem la badan naik..Walau bagaimanapun, badan gua sehat je lepas derma darah..cume tangan ni berbekas la sket..

Bawah ni gua senaraikan checklist untuk kawan² yang mahu derma darah..macam nak interview beb..kene lepas kriteria yang ditetapkan baru leh menderma


1. Lu sihat pada hari ini. (ni kalo selesema pun, jgn harap la nak dapat derma);

2. Lu berumur 18 - 60 tahun. (so untuk adik² yang bawah umur tu, tunggu cukup umur la ye);

3. Berat badan melebihi 45 Kg (Akak² yang berat 44.5Kg pun x leh derma);

4. Tidur melebihi 5 jam. (hah, yang ni mmbr gua dah terkena, tidur x cukup 5 jam lepas tu derma darah....mmg die pitam lepas tu...);

5. Tiada masalah perubatan (prosedur biasa);

6. Tidak mengambil sebarang ubat (panadol pun x leh beb..);

7. Lu dimestikan mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah..;

8.Lu tidak terlibat dalam kegiatan seperti berikut :-

-Hubungan sejenis (gay / lesbian)

-Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (bisexual)

-Hubungan jenis dengan berbagai pasangan atau pekerja seks komersil

-Penyalahgunaan dadah secara suntikan

-Menjadi pasangan kepada golongan di atas


9. Yang terakhir sekali, lu telah buat pendermaan yang last > 3 bulan.

So kalo lu orang sudah memenuhi kriteria yang ditetapkan, marilah menderma.. x rugi pun!!!